NABILA kini sambung pengajian peringkat sarjana di UIAM.
NABILA kini sambung pengajian peringkat sarjana di UIAM.
Ardini Sophia Sina


Melihat pembabitan bintang muda yang bergelar pelajar sama ada dalam lakonan atau nyanyian, kebiasaannya memilih untuk menangguhkan pelajaran kerana mahu memberi tumpuan membina karier.

Bagaimanapun tidak bagi penyanyi Nabila Razali, 25, kerana meletakkan pelajaran di tempat teratas. Sebaik pertandingan Akademi Fantasia 2013 (AF2013) melabuhkan tirai, Nabila kembali menjalani rutinnya sebagai mahasiswi.

Nabila berkata, ketika menyertai AF 2013, dia terpaksa menangguhkan pengajiannya kerana format pertandingan itu mahukan peserta 100 peratus mendapat pendedahan serta latihan dari segi vokal.

Katanya, pengajian tertangguh selama setahun setengah dan satu jangka masa yang agak lama, namun selepas itu dia perlu meneruskan impian menggenggam ijazah.

“Sepanjang berada di universiti, saya masih menerima tawaran atas sebab minat dan ingin kekal dalam industri. Tapi disebabkan saya berada di Pulau Pinang dan jemputan pula sekitar Kuala Lumpur, ada yang terpaksa saya tolak.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mac 2017 @ 5:14 AM