Mohd Khidir Zakaria dan Khairul Najib Asarullah Khan


Port Dickson: Sekurang-kurangnya 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Air Meleleh, tengah malam tadi.

Kebakaran berlaku pada 12.30 tengah malam dan api marak dengan cepat mengakibatkan penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

Saksi kejadian, Imran Tahir, 52, berkata, dia ternampak kepulan asap disusuli api dari satu daripada rumah berdekatan.

"Saya menjerit 'api... api' sebelum penghuninya keluar menyelamatkan diri.

"Ketika kejadian, angin kencang menyebabkan api merebak dengan cepat ke rumah berdekatan.

"Kebanyakan penghuni sempat menyelamatkan diri. Ada penduduk menangis kerana ketakutan selepas melihat api menjulang tinggi," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, lapan daripadanya adalah rumah berpenghuni dan dua rumah kosong.

Difahamkan, sehingga kini, bomba dan penyelamat masih menjalankan kerja pemadaman api daripada merebak ke rumah lain.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mac 2017 @ 2:51 AM
ANTARA rumah yang terbakar. FOTO Khairul Najib Asarullah Khan
ANTARA rumah yang terbakar. FOTO Khairul Najib Asarullah Khan