Keadaan tanah runtuh yang menyebabkan dua unit apartmen di Riverdale Park Bukit Antarabangsa, terjejas 3.30 petang tadi. FOTO Mohd Fadly Samsudin
Keadaan tanah runtuh yang menyebabkan dua unit apartmen di Riverdale Park Bukit Antarabangsa, terjejas 3.30 petang tadi. FOTO Mohd Fadly Samsudin
Mohd Fadly Samsudin


Kuala Lumpur: Dua unit apartmen didiami 10 penghuni terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Riverdale Park Bukit Antarabangsa, jam 3.30 petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian jam 4 petang sebelum mengarahkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang ke lokasi.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi anggota mendapati berlaku pergerakan dan runtuhan tanah sedalam lima meter.

"Pemeriksaan selanjutnya, runtuhan mengenai bahagian dapur dan bilik tidur namun tiada kerosakan teruk pada struktur bangunan.

"Tindakan selanjutnya akan diserahkan kepada pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mac 2017 @ 6:55 PM