SEORANG polis Yaman berdiri berhampiran sebahagian pelarian Somalia yang terbunuh dalam serangan helikopter di luar pantai berhampiran Pelabuhan Hodeidah, Yaman.   - Reuters
SEORANG polis Yaman berdiri berhampiran sebahagian pelarian Somalia yang terbunuh dalam serangan helikopter di luar pantai berhampiran Pelabuhan Hodeidah, Yaman. - Reuters

Sanaa: Tiga puluh tiga pelarian Somalia terbunuh di luar pantai Yaman awal pagi semalam apabila sebuah helikopter menyerang bot yang dinaiki mereka.

Seorang pengawal pantai tempatan di Hodeidah, kawasan yang dikuasai pemberontak Houthi, Mohamed al-Alay berkata, pelarian berkenaan membawa dokumen rasmi yang dikeluarkan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).

“Mereka dalam pelayaran dari Yaman ke Sudan apabila bot yang mereka naiki diserang sebuah helikopter Apache berhampiran Terusan Bab al-Mandeb,” kata pegawai berkenaan.

Pelayar yang mengendalikan bot berkenaan berkata, 80 pelarian, termasuk 35 yang cedera berjaya diselamatkan selepas kejadian. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mac 2017 @ 6:59 AM