Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar bertitah mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 yang diumumkan hari ini.

Catatan berkenaan dikongsi Baginda menerusi laman sosial Faceboo (FB) rasmi Sultan Iskandar Sultan Ibrahim yang turut mengucapkan tahniah kepada guru dan ibu bapa dalam menyumbang kejayaan pelajar.

“Tahniah kepada semua pelajar SPM 2016 di Negeri Johor yang telah berjaya.

"Saya ucapkan syabas kepada para guru dan ibu bapa yang banyak menyumbang kepada kejayaan anak-anak ini," titah Baginda.

Baginda bertitah supaya mereka yang kurang cemerlang supaya meningkatkan usaha.

"Anda pasti mencapai kejayaan," titah baginda memberi nasihat positif pada akhir ucapan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mac 2017 @ 1:25 PM