JANIN yang ditemui di loji. FOTO ihsan Polis
JANIN yang ditemui di loji. FOTO ihsan Polis
Rudy Syareme Sheriffudin


Balik Pulau: Polis menemui janin bayi lelaki di dalam loji Indah Water Korsortium (IWK) di Lebuhraya Batu Maung di sini, hari ini.

Kejadian berlaku 12.15 tengah hari tadi apabila polis menerima maklumat daripada pekerja IWK selepas mereka menemui janin berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Anuar Omar berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPDBD) bergegas ke lokasi kejadian.

"Siasatan lanjut masih lagi dilakukan untuk mengenal pasti penemuan janin berkenaan.

"Polis turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi IPD Barat Daya di talian 04-8662222 atau balai polis berhampiran," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mac 2017 @ 2:50 PM