Lelaki berusia 20-an melecur 80 peratus selepas terkena renjatan elektrik di bilik pencawang masuk utama di pasar raya di Kelana Jaya, malam tadi tadi. FOTO ihsan bomba
Lelaki berusia 20-an melecur 80 peratus selepas terkena renjatan elektrik di bilik pencawang masuk utama di pasar raya di Kelana Jaya, malam tadi tadi. FOTO ihsan bomba
Mohd Hasbi Sidek


Petaling Jaya: Lelaki berusia 20-an melecur 80 peratus selepas terkena renjatan elektrik di bilik pencawang masuk utama di pasar raya di Kelana Jaya, di sini, petang tadi.

Kejadian kira-kira 7 malam itu berlaku ketika mangsa dipercayai menceroboh bilik berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.25 malam.

"Sejurus menerima maklumat, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya bergegas ke lokasi.

"Setibanya di lokasi pihak kami mendapati mangsa melecur kira-kira 80 peratus akibat terkena renjatan elektrik dan lelaki berusia 20-an itu kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mac 2017 @ 9:36 PM