Kata orang, masa bercinta semuanya indah. Jauh beribu batu pun, terasa macam dekat depan mata. Namun sekarang jauh ribuan batu pun tidak mengapa sebab zaman sekarang sudah ada Twitter, Facebook, Instagram dan WhatsApp yang semakin merapatkan hubungan manusia.

Minggu ini Papa bukan nak kongsi mengenai cinta jarak jauh tapi nak bercerita mengenai keakraban penyanyi Sufian Suhaimi dengan pelakon popular, Elfira Loy yang hangat diperkatakan di media sosial.

Biarpun ramai menganggap mereka dilamun cinta tapi Sufian sudah pun menjelaskan hubungannya dengan pelakon itu sekadar kawan sekali gus menafikan tuduhan netizen dia lupa daratan dan curang terhadap kekasihnya apabila mula mendekati pelakon Elfira.

Bagaimanapun, baru-baru ini ada sumber memberitahu Papa, dia melihat kelibat Sufian pada majlis sambutan hari jadi Elfira di sebuah restoran di ibu kota. Amboi, amboi, amboi, Papa terus rasa nak nyanyi lagu Altimet. Macam ada sesuatu je?

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mac 2017 @ 5:03 AM