Tasha anggap berkahwin bukan perkara main main. FOTO HM
Tasha anggap berkahwin bukan perkara main main. FOTO HM
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Penyanyi Tasha Manshahar menafikan dia bakal berkahwin pada Jun ini seperti yang tular di laman sosial, baru-baru ini.

Berita itu tular apabila Tasha, 25, memuat naik gambar dia sedang berbincang dengan perancang perkahwinan di Instagram, awal bulan ini.

"Saya menganggap peminat sudah salah faham. Perbincangan mengenai persiapan perkahwinan bersama perancang perkahwinan di Instagram itu bukan untuk saya, tapi rakan,” katanya.

Bagaimanapun Tasha yang kini berkhidmat sebagai guru mengakui sedang berkawan dengan seseorang dan hubungan mereka masih di peringkat awal.

"Ingin dijelaskan memang tak ada sebarang perancangan atau persiapan ke arah itu. Cuma, buat masa sekarang saya memang berkawan dengan seseorang.

“Sebagai wanita, tak manis jika saya kongsikan perkara ini apatah lagi antara kami belum mempunyai sebarang ikatan. Bayangkan kalau hubungan itu tak menjadi, saya juga yang malu. Jadi saya mengikut saja aturan yang ditetapkan," katanya kepada Harian Metro.

Tasha yang kini mengajar di sebuah sekolah rendah agama di Klebang, Melaka berkata, dia tidak mahu terburu-buru dalam soal perkahwinan.

Menurutnya, dia perlu memperbaiki kelemahan diri terlebih dahulu dan perlu bijak membuat pilihan.

"Saya masih lagi merancang kehidupan sendiri. Lagipun berkahwin bukan perkara main-main. Kalau boleh biarlah ia kekal selama-lamanya.

"Saya percaya jika ada jodoh takkan ke mana. Allah lebih tahu yang terbaik untuk setiap hamba-Nya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mac 2017 @ 5:16 PM