NOOR Halimaton memangku Muhammad Hazreel.
NOOR Halimaton memangku Muhammad Hazreel.
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Kecekalan dimiliki wanita ini bukan setakat memberi penjagaan kepada anaknya yang juga pesakit kulit genetik Epidermolysis Bullosa (EB), tetapi kesungguhannya memenuhi setiap permintaan anak syurganya itu melayakkan dirinya untuk dicontohi.

Malah empunya diri, Noor Halimaton Hashim, 36, yang memiliki tiga cahaya mata berusia 6 hingga 11 tahun itu sentiasa positif dalam kehidupannya biarpun berdepan cabaran dalam membesarkan anak-anak.

Bagi kebanyakan orang, dia menjadikan sumber inspirasi dan kekuatan kepada wanita lain dalam membina kekuatan diri untuk memastikan anak-anaknya itu meneruskan kehidupan dengan sempurna.

Berkongsi mengenai anak syurganya, Noor Halimaton berkata, penyakit kulit genetik tidak berjangkit dialami anaknya, Muhammad Hazreel Mikhail Hizar, 6, mengakibatkan seluruh tubuh anak lelakinya itu terpaksa dibalut dan berkemungkinan besar sepanjang hayatnya.

“Kulit Muhammad Hazreel menjadi terlalu sensitif dan mengeluarkan gelembung air dan melecet sehingga membuatkan keadaan jari kaki dan tangannya itu yang sebelum ini normal mula bercantum selepas terlalu kerap melecet.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mac 2017 @ 5:18 AM