Subahan dilantik Presiden FAS yang baru. FOTO arkib NSTP
Subahan dilantik Presiden FAS yang baru. FOTO arkib NSTP
Aziman Rosdi


Shah Alam: Seperti dijangka Datuk Seri Subahan Kamal dipilih sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bagi penggal 2017-2021 selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan di Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).

Beliau yang sebelum ini memegang jawatan Naib Presiden FAS mendapat sokongan penuh 95 ahli gabungan biarpun ada spekulasi kesediaan Raja Muda Selangor (RMS) Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin untuk menerajui badan induk itu.

Kerusi Timbalan Presiden pula menjadi milik Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Seri Shahril Mokhtar selepas penyandang Datuk Mokhtar Ahmad membuat keputusan tidak mempertahankan jawatan kali ini.

Sementara itu, empat calon yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden secara automatik dipilih menduduki kerusi itu ialah Abd Rauf Ahmad, Datuk Lim Thean Shiang, Nizam Sani dan penyandang, K Palanisamy.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Februari 2017 @ 7:17 PM