ANGGOTA bomba mengeluarkan  remaja yang terperangkap dalam tandas awam yang runtuh. - Agensi
ANGGOTA bomba mengeluarkan remaja yang terperangkap dalam tandas awam yang runtuh. - Agensi
Agensi

Huangshi (China): Seorang remaja di sini terselamat walaupun tandas awam yang digunakannya tiba-tiba runtuh dan terperangkap selama hampir satu jam.

Remaja berusia 14 tahun itu dilaporkan menggunakan tandas awam di bandar ini sebelum ia tiba-tiba runtuh pada 17 Februari lalu.

Akhbar People’s Daily melaporkan, remaja itu tidak mengalami sebarang kecederaan parah dan hanya lebam di kepala dan tangan.

Menurut akhbar itu, tandas awam itu dibina di luar sebuah tempat letak kereta di bandar berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila serpihan batu ditingkat atas tempat letak kereta itu jatuh dan menimpa tandas berkenaan menyebabkan ia runtuh.

Remaja itu yang berada di dalam tandas ketika kejadian terperangkap dan bomba terpaksa dipanggil untuk menyelamatkannya.

Bomba dan anggota polis mengambil masa selama 10 minit untuk mengeluarkan remaja itu dari sisa runtuhan.

Remaja itu dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut tetapi keadaannya dilaporkan tidak serius.

Pihak berkuasa kini menyiasat bagaimana serpihan batu di tempat letak kereta itu boleh jatuh.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Februari 2017 @ 7:21 AM