Pegawai dan anggota Stafoc melakukan kawalan di IPFN Hospital Kuala Lumpur. FOTO Khairul Azry Bidin
Pegawai dan anggota Stafoc melakukan kawalan di IPFN Hospital Kuala Lumpur. FOTO Khairul Azry Bidin
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Kemunculan lebih 10 pegawai dan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman yang menaiki empat kenderaan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur 1.40 pagi menarik perhatian media yang masih setia menunggu perkembangan terkini kes bunuh Kim Jong-nam.

Pasukan khas berkenaan dilihat mengawal sekitar IPFN dengan bersenjata lengkap dan dibantu pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Turut kelihatan berada di IPFN ialah Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman.

Sehingga jam 2.30 pagi, anak Jong-nam, Kim Han-sol,21 yang dikatakan akan datang ke negara ini untuk pengecaman mayat dan menyerahkan sampel DNA bagi proses menuntut mayat mendiang bapanya.

belum kelihatan di IPFN.

Terdahulu, lebih 50 petugas media tempatan dan antarabangsa berkumpul di IPFN sejak 5 petang tadi bagi menunggu kehadiran Han-sol.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Februari 2017 @ 2:47 AM