Petugas media antarabangsa dan tempatan berkumpul di luar pintu masuk IPFN HKL. FOTO Saddam Yusof
Petugas media antarabangsa dan tempatan berkumpul di luar pintu masuk IPFN HKL. FOTO Saddam Yusof
Norizuan Shamsuddin


Kuala Lumpur: Kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam sudah seminggu berlalu namun media antarabangsa dan tempatan masih ‘berkampung’ di hadapan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, hari ini.

Tinjauan Harian Metro mendapat hampir 50 pengamal media berkumpul di kawasan terbabit seawal jam 7 pagi untuk mendapat sebarang perkembangan mengenai mayat mangsa yang masih ditempatkan di IPFN HKL.

Bagaimanapun, pengamal media hanya dibenarkan berkumpul di luar pintu masuk IPFN HKL dan kawasan dikawal sepenuhnya oleh polis serta pengawal keselamatan.

Dalam kejadian Isnin lalu, Jong-nam maut selepas dikatakan disembur dan ditekup dengan kain mengandungi cecair racun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan mayat dihantar ke IPFN HKL bagi bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Februari 2017 @ 11:21 AM