Operasi mencari mangsa dijalankan bomba tengah malam tadi. FOTO ihsan bomba
Operasi mencari mangsa dijalankan bomba tengah malam tadi. FOTO ihsan bomba
Mohd Hafizee Mohd Arop


Cameron Highlands: Seorang wanita yang menyertai pendakian di Gunung Irau, di sini, hilang jam 5.30 petang semalam dan sehingga kini masih belum ditemui.

Difahamkan, Norfatin Sulaiman, 29, bersama kira-kira 47 pendaki dan mereka dibahagikan kepada lima kumpulan.

Mangsa yang berada dalam kumpulan kelima disedari hilang ketika menuruni gunung berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Mohd Haziq Hazmi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis jam 11.20 malam selepas mangsa gagal ditemui.

Katanya, pihaknya memulakan operasi jam 12.15 tengah malam tadi dan sehingga kini operasi mencari mangsa masih dijalankan.

"Mangsa disedari hilang oleh ahli kumpulannya ketika separuh perjalanan turun dari 'check point' Pisang dan kali terakhir dia di ‘check point’ berkenaan.

"Operasi masih dijalankan dan diharapkan mangsa dapat ditemui dengan secepat mungkin," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Februari 2017 @ 1:24 PM