ANGGOTA polis menutup pintu pagar di SK Bumiputera menandakan tamatnya tempoh mengundi bagi Pilihan Raya Kecil DUN Tanjong Datu. FOTO Luqman Hakim
ANGGOTA polis menutup pintu pagar di SK Bumiputera menandakan tamatnya tempoh mengundi bagi Pilihan Raya Kecil DUN Tanjong Datu. FOTO Luqman Hakim
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Lundu: Tempoh pengundian dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu tamat jam 5 petang tadi.

Peratusan keluar mengundi hanya mencatatkan 68 peratus dan jumlah itu tidak mencapai sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menjangkakan 75 peratus daripada 9,771 pengundi akan keluar hari ini.

Kini, semua peti undi dalam proses di bawa secara berperingkat ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Masyarakat Lundu, petang ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah memaklumkan keputusan dijangka dalam diumumkan jam 8 malam ini.

Barisan Nasional (BN) diwakili Puan Sri Jamilah Anu, manakala Johnny Aput mewakili Parti Reformasi Negeri (STAR) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru diwakili Rapelson Richard Hamit.

PRK DUN Tanjong Datu diadakan susulan kematian penyandangnya Tan Sri Adenan Satem yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak kelima pada 11 Januari lalu akibat komplikasi jantung.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Februari 2017 @ 6:40 PM