KHAIRUL Idham (kiri) bersama  Jazeman memenangi anugerah Pelumba Terbaik bagi kategori masing-masing. FOTO  Nazran Jamel
KHAIRUL Idham (kiri) bersama Jazeman memenangi anugerah Pelumba Terbaik bagi kategori masing-masing. FOTO Nazran Jamel
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Pemenang dua perlumbaan Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Khairul Idham Pawi mengungguli anugerah Pelumba Terbaik (dua roda) Anugerah Sukan Permotoran SIC-MAM 2016, hari ini.

Dia mengetepikan saingan sengit dari barisan calon lain iaitu Zulfahmi Khairuddin, Hafizh Syahrin Abdullah serta Adam Norrodin.

Khairul muncul juara di Grand Prix (GP) Argentina serta Jerman.

Sementara itu, Jazeman Jaafar mengungguli anugerah sama bagi Pelumba Terbaik (empat roda).

Sebanyak tujuh anugerah lain turut dipertandingkan.

Anugerah SIC-MAM yang pertama kali dianjurkan adalah bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan individu yang banyak menyumbang untuk pembangunan sukan permotoran negara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Februari 2017 @ 11:40 PM