ANGGOTA penyelamat mengeluarkan mayat dari tanur itu. - scmp.com
ANGGOTA penyelamat mengeluarkan mayat dari tanur itu. - scmp.com

Chongqing (China): Empat maut, manakala seorang lagi parah apabila tanur bata yang dicuci mereka runtuh di barat daya China kelmarin.

Menurut saksi, ketika kejadian pekerja melakukan kerja pembersihan di tempat itu apabila ia roboh jam 4.30 petang (waktu tempatan), menyebabkan mangsa tertimbus.

Anggota bomba menemui seorang lelaki berusia 59 tahun yang terselamat tetapi keadaannya parah, berhampiran pintu masuk ke tanur itu.

Dengan bantuan jentolak, penyelamat kemudian menemui mayat mangsa lain antaranya seorang wanita warga emas berusia 69 tahun.

Punca kejadian kini sedang disiasat. Setakat ini tiada siapa ditangkap berhubung tragedi itu.

Tanur bata dianggap tempat kerja paling teruk di China, dengan pelbagai laporan pengambilan buruh kanak-kanak dan penghambaan orang kelainan upaya sering timbul. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Februari 2017 @ 6:41 AM