Shahrir (kanan) beramah mesra bersama pengunjung yang menderma majlis perasmian kempen derma darah dan organ manusia serta penyampaian hamper dan ang pow kepada Persatuan Cerebral Palsy di Plaza Sentosa, Johor Bahru. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Ibrahim Isa

Johor Bahru: Wang sebanyak RM6 bilion yang diperoleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) apabila ia disenaraikan ke Bursa Malaysia habis dibelanjakan untuk pelaburan dan beberapa bayaran lain.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, sebanyak RM1.7 bilion daripada jumlah itu diagihkan kepada semua peneroka sebelum ini.

"Baki RM4.3 bilion pula dibelanjakan untuk pelaburan jangka panjang dan perbelanjaan lain.

"Ini termasuklah pembayaran 'one off' kepada kerajaan negeri Pahang dan Sabah; pinjaman perumahan peneroka, perbelanjaan pengurusan dan bonus kakitangan FELDA.

"Ia juga digunakan untuk membeli beberapa aset seperti tanah dan hotel di luar negara serta saham syarikat tertentu," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Kempen Derma Darah dan Organ Manusia di Plaza Sentosa di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Februari 2017 @ 4:39 PM