Miss Hawaii, Allison Chu, bersama barisan pramugari AirAsia X. - Foto ASRIZAL ARIS
Miss Hawaii, Allison Chu, bersama barisan pramugari AirAsia X. - Foto ASRIZAL ARIS
Asrizal Aris


Osaka: AirAsia X menawarkan tambang serendah RM499 sehala ke Hawaii, Amerika Syarikat, bagi perjalanan 28 Jun tahun ini hingga 6 Februari 2018, yang dijual mulai 11 Februari hingga 26 Februari.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun, berkata operasi penerbangan empat kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Honolulu, Hawaii melalui Osaka, Jepun, bermula 28 Jun tahun ini.

"Tempat duduk Premium Flatbed yang memenangi pelbagai anugerah turut ditawarkan dengan harga serendah RM2,999 sepanjang tempoh promosi untuk perjalanan lebih selesa.

“Ini perubahan destinasi yang kami nantikan, menghubungkan rantau Asean dan Asia Utara ke Amerika Syarikat dengan tambang rendah terbaik dunia," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran penerbangan Kuala Lumpur ke Honolulu di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad Benyamin Ismail, Wakil Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Kansai Airports Emmanuel Menanteau, Naib Presiden Pelancongan Hawaii di Jepun Mitsue Varley dan penyandang Miss Hawaii Allison Chu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Februari 2017 @ 11:25 AM