Penganut Hindu melakukan upacara keagamaan ketika meraikan Thaipusam di Batu Caves. FOTO Asyraf Hamzah
Penganut Hindu melakukan upacara keagamaan ketika meraikan Thaipusam di Batu Caves. FOTO Asyraf Hamzah
Rizanizam Abdul Hamid


Kuala Lumpur: Perayaan Thaipusam yang disambut di Batu Caves, di sini, berlangsung aman tanpa insiden semburan cat aerosol pada sari wanita yang 'berpakaian tidak sopan' seperti tular di media sosial, baru-baru ini.

Tinjauan Harian Metro di Kuil Sri Subramaniyar Swamy mendapati sambutan meriah dengan acara keagamaan oleh penganut agama Hindu di seluruh negara.

Perkarangan kuil itu dipenuhi dengan penganut Hindu yang kebanyakannya memakai pakaian sopan berwarna kuning.

Sebelum ini, wujud kumpulan Facebook (FB) yang menggelarkan diri mereka ‘Thaipusam Spraying Group’ memuat naik beberapa gambar bahagian belakang wanita memakai sari dengan ugutan mereka akan disembur cat jika berpakaian tidak sesuai.

Polis turut memberi amaran dan akan mencari dalang yang membuat ancaman itu kerana ia melanggar undang-undang selain memberi jaminan menjaga keselamatan orang ramai semasa Thaipusam terutama perarakan di Batu Caves dan Georgetown, Pulau Pinang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2017 @ 1:03 PM