Suspek yang cedera selepas melanggar tiang elektrik. FOTO ihsan pembaca
Suspek yang cedera selepas melanggar tiang elektrik. FOTO ihsan pembaca
Safuri Kamarudin dan Omar Osman


Baling: Tindakan lelaki mencabul seorang wanita mengundang padah apabila mangsa menendang motosikal suspek menyebabkan dia terbabas dan melanggar tiang elektrik sebelum ditahan orang ramai di Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, dalam kejadian jam 8 pagi itu, pekerja operator kilang berusia 23 tahun yang dalam perjalanan pulang dengan menunggang motosikal menyedari suspek mengekorinya.

Menurutnya, suspek bertindak memegang dada mangsa menyebabkan dia terkejut dan terus menendang motosikal lelaki itu.

"Akibatnya motosikal suspek hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar tiang elektrik.

"Mangsa yang ketakutan kemudian membuat laporan di Balai Polis Kuala Ketil," katanya.

Shariffuddin berkata, suspek yang cedera ditahan sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk menerima rawatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2017 @ 4:36 PM