Muhaamad Hafis Nawawi


LELAKI, 37, ditahan polis Ahad lalu selepas didakwa merogol anak perempuannya, 16, di rumah mereka di Kupang, Baling pada April tahun ini.

Ketua Polis Daerah Baling Superitendan Shariffuddin Yusuf berkata, suspek ditahan susulan laporan polis dibuat mangsa pada hari sama di Balai Polis Kuala Ketil.

Menurutnya, sebelum kejadian itu terbongkar, mangsa keluar dari rumah keluarganya pada 21 September lalu jam 4 petang kerana tidak tahan ibu bapanya sering bertengkar.

“€œMangsa menumpang di rumah ibu saudaranya sebelum wanita itu memaklumkan kepada nenek mangsa.

“€œNeneknya kemudian menjemput mangsa tinggal bersamanya di Kuala Ketil, Sungai Petani keesokan harinya.

“€œBagaimanapun kejadian dia yang mendakwa dirogol bapanya itu hanya terbongkar Sabtu lalu selepas menceritakan kejadian itu kepada bapa saudaranya,”€ katanya ketika dihubungi hari ini.

Shariffuddin berkata, mereka yang mengetahui kejadian itu kemudian membawa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kupang untuk tindakan selanjutnya sebelum menahan suspek.

“€œSiasatan awal polis suspek tidak mengaku merogol anaknya dan mendakwa mangsa menipu kerana ingin hidup bebas.

“€œSuspek direman bermula Isnin lalu hingga 1 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 September 2017 @ 7:01 PM