PENUNJUK perasaan membantah ceramah yang dijadual diberikan Yiannopoulos menyebabkan acara itu terpaksa dibatalkan. - EPA
PENUNJUK perasaan membantah ceramah yang dijadual diberikan Yiannopoulos menyebabkan acara itu terpaksa dibatalkan. - EPA
PENUNJUK perasaan menyalakan api ketika memprotes terhadap ceramah oleh Yiannopoulos yang kemudian dibatalkan universiti terbabit.  - EPA
PENUNJUK perasaan menyalakan api ketika memprotes terhadap ceramah oleh Yiannopoulos yang kemudian dibatalkan universiti terbabit. - EPA
Reuters

California: Ratusan penunjuk perasaan di Universiti California Berkeley merusuh dan bertempur dengan polis seterusnya memaksa seorang tetamu jemputan berhaluan kanan membatalkan ceramahnya di institut beraliran liberal itu.

Dua jam sebelum pengarang Breitbart News, Milo Yiannopoulos dijadualkan memberi ceramah kepada pelajar, penunjuk perasaan memecahkan tingkap bangunan dengan membaling batu dan besi selain membakar mesin pencahayaan berhampiran pintu masuk dalam kejadian yang disiarkan rangkaian berita.

Polis mengarahkan penunjuk perasaan bersurai manakala kampus ditutup. Perusuh turut membaling bata dan bunga api terhadap polis antirusuhan yang membalas dengan peluru getah.

Seorang penunjuk perasaan yang ditemu bual CNN berkata: “Kami berjaya membatalkan acara itu. Memang hebat. Misi kami tercapai.”

Kira-kira 150 orang bertopeng dilihat bertanggungjawab kerana keganasan yang tercetus dalam protes disertai 1,500 orang yang sebelum itu aman.

Kebanyakan perintah eksekutif dan cadangan dasar Trump - termasuk penggantungan program pelarian serta larangan sementara terhadap pengembara tujuh negara Islam - ditentang hebat rakyatnya.

Sementara itu, Yiannopoulos - yang akaun Twitternya digantung tahun lalu selepas dituduh terbabit dalam gangguan dalam talian terhadap seorang pelakon Afrika Amerika - mengkritik golongan berhaluan kiri yang ‘takutkan kebebasan bersuara dan akan melakukan apa saja untuk menghentikannya.’

“Saya dipindahkan dari situ oleh polis selepas penunjuk perasaan mula membaling batu dan objek lain terhadap bangunan itu,” katanya kepada Fox News.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2017 @ 8:13 AM