Mayat mangsa lemas ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian. FOTO ihsan polis
Mayat mangsa lemas ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian. FOTO ihsan polis

Mohd Sabran Md

Kota Tinggi: Mayat seorang daripada dua lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Tanjung Balau, Bandar Penawar dekat sini, ditemui pagi tadi.

Mayat K Yougesvaran ditemui jam 6.45 pagi berhampiran kawasan bot nelayan iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Komander Operasi Pejabat Zon Kota Tinggi, Firdaus Ahmad berkata, mayat diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih digerakkan bagi mengesan mangsa kedua.

"Berdasarkan laporan, mangsa dipercayai mandi bersama rakannya, P Saravanan, 23, sebelum ditarik ombak kuat pada jam 7.15 malam semalam," katanya.

Menurutnya, SAR turut menerima bantuan anggota penyelamat Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2017 @ 1:01 PM