GAMBAR fail pemain antarabangsa Brazil, Oscar, yang tiba di Shanghai Pudong International Airport, selepas bersetuju menyertai kelab Liga Super China, Shanghai SIPG dari Chelsea. FOTO Reuters
GAMBAR fail pemain antarabangsa Brazil, Oscar, yang tiba di Shanghai Pudong International Airport, selepas bersetuju menyertai kelab Liga Super China, Shanghai SIPG dari Chelsea. FOTO Reuters


Zurich: China muncul antara lima negara utama dunia kini berbelanja besar bagi mendapatkan pemain bola sepak antarabangsa.

FIFA melaporkan, jumlah rasmi dibelanjakan kelab di negara itu sudah mencecah $4.79 bilion (4.47 bilion euros) pada 2016, iaitu naik 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Mengikut laporan tahunan FIFA, Liga Perdana Inggeris ($1.37 bilion), Jerman ($576 juta), Sepanyol ($508.7 juta) dan Itali ($508.5 juta) masih kekal sebagai penyumbang.

China mengeluarkan belanja berganda iaitu $451 juta pada 2016 sekali gus melonjakkan negara itu daripada tangga 20 ke tangga kelima.

China berbelanja dua kali ganda berbanding Perancis iaitu negara yang meraih untung yang banyak hasil perpindahan pemain.

Perancis memperoleh $246 juta pada 2016 untuk menduduki tempat pertama manakala Portugal di tangga kedua dengan $240 juta.

Sebelum ini, Presiden China, Xi Xinping dikatakan mahu kelab bola sepak negara itu untuk merekodkan kejayaan bagi meningkatkan prestij di mata dunia.

Tahu lalu, Shanghai SIPG membayar perpindahan Hulk pada harga $55 juta manakala Jiangsu Suning membeli penyerang Brazil, Alex Teixeira, $50 juta.

Perpindahan pemain tengah Chelsea dan Brazil, Oscar dan Carlos Tevez (Argentina) terbukti betapa China serius membina liga bertaraf dunia.

“Satu daripada objektif China adalah untuk meningkatkan taraf bola sepak mereka bagi membantu skuad Piala Dunia China.

“Ini berikutan kejayaan mereka berada dalam saingan Piala Dunia buat pertama kali pada 2002,” kata FIFA.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 January 2017 @ 9:09 AM