WENGER (tengah) dibuang padang oleh  Moss (kiri).
WENGER (tengah) dibuang padang oleh Moss (kiri).

London: Arsene Wenger memuji kemenangan dramatik Arsenal ke atas Burnley 2-1 sebagai bukti mereka mempunyai kemampuan mengejar pendahulu Chelsea dalam perburuan gelaran Liga Perdana Inggeris.

Skuad Wenger hampir mengalami kekecewaan di Stadium Emirates kelmarin selepas bolos gol penyamaan pada minit terakhir.

Selepas mendahului menerusi jaringan sulung Shkodran Mustafi buat kelab itu, Arsenal menyaksikan Granit Xhaka dibuang padang kerana mengasari lawan sebelum Andre Gray meledak penalti sejurus Francis Coquelin mengasari Ashley Barnes.

Wenger kemudiannya diarahkan pergi ke bangku penonton selepas bertelagah dengan pegawai keempat Anthony Taylor, yang antara lain turut menyebabkan pengurus kelahiran Perancis itu menolak Taylor.

Arsenal bagaimanapun masih mampu merampas mata apabila Alexis Sanchez menjaringkan penalti menerusi sepakan terakhirnya apabila kepala Laurent Koscielny ditendang Ben Mee.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 7:10 AM