PEREDARAN masa buat Janna lebih arif ‘permainan’ industri seni.
PEREDARAN masa buat Janna lebih arif ‘permainan’ industri seni.
Amirul Haswendy Ashari.


Semua mahukan pengakhiran yang baik dalam kehidupan masing-masing. Biarpun ada pasang surut tersendiri, ia lumrah kehidupan.

Hal sama dikongsikan pelakon Janna Nick, 21, yang nyata ada pasang surut tatkala mengimbau perjalanannya sebagai anak seni.

Janna atau Nurul Jannah Muner bersyukur pengakhiran 2016 boleh dianggap catatan terbaik buatnya. Biarpun terpalit dengan pelbagai kontroversi membabitkan sikapnya yang didakwa sombong, tidak berdisiplin mahu pun tidak mesra media, dia tidak melatah.

Pada sesi fotografi bersama SELEBRITI Metro Ahad tempoh hari, hampir saja berlaku insiden bermasam muka dengan penaja busana, Kin By Nik apabila Janna menolak mengenakan busana khas disediakan untuknya.

Alasan Janna, busana disediakan pernah disarung pada fotografi lain dan pelakon drama Biar Aku Jadi Penunggu itu sekadar tampil dengan busana sendiri.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2017 @ 5:26 AM