LUCAS Leiva, gambar kecil, Juergen Klopp. FOTO Reuters
LUCAS Leiva, gambar kecil, Juergen Klopp. FOTO Reuters
AFP

Plymouth, England: Pengurus Liverpool Juergen Klopp berjanji Lucas Leiva akan kekal di kelab itu selepas jaringan pemain Brazil itu membantu kemenangan 1-0 pada aksi ulangan pusingan ketiga Piala FA Inggeris menentang kelab divisyen empat Plymouth Argyle.

Lucas, kapten Liverpool pada perlawanan itu, menyumbat gol pertamanya dalam tempoh tujuh tahun untuk menyingkirkan pasukan kerdil Plymouth di Home Park, awal pagi semalam.

Selepas itu, Klopp cuba menafikan spekulasi mengaitkan Lucas dengan perpindahan ke kelab gergasi Itali, Inter Milan bulan ini.

Apabila ditanya jika Lucas pasti kekal di Anfield musim ini, Klopp berkata: “Daripada pandangan saya, saya fkir ya dia akan kekal.

“Tapi apa sebenarnya dalam perniagaan ini? Kami mempunyai satu bentuk perjanjian jadi saya akan katakan ya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 January 2017 @ 9:48 AM