JURGEN Klopp. FOTO AFP
JURGEN Klopp. FOTO AFP
Agensi

London: Jurgen Klopp mengakui tidak pernah memikirkan walaupun sesaat berkenaan isu pemecatan Ole Gunnar Solskjaer selaku pengurus Manchester United.

Kedua-dua seteru utama itu melalui situasi berbeza hujung minggu lalu dengan Liverpool menewaskan Arsenal 4-0 manakala United tewas 1-4 di Watford.

Solskjaer kemudian di pecat selepas itu dengan Michael Carrick menggantikannya selaku pengendali sementara di Old Trafford.

Steve Bruce, Laurent Blanc dan Ralf Rangnick adalah antara calon untuk menggantikan Carrick, juga selaku pengendali sementara sehinggalah hujung musim ini sebelum kelab cuba mendapatkan Mauricio Pochettino atau Zinedine Zidane selaku pengurus secara kekal.

Klopp bagaimanapun berkata beliau tidak ambil pusing mengenai apa yang berlaku di United.

Ketika ditanya perkara itu, Klopp hanya tersenyum sebelum berkata: "Apa kaitan saya dengan semua itu?

"Maaf, saya tidak bersedia dengan soalan seperti itu. Saya tak pernah memikirkan mengenai United walaupun sesaat."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 November 2021 @ 10:28 PM