KESAN kecederaan pada mangsa akibat diculik dua lelaki pada 10 Januari lalu.
KESAN kecederaan pada mangsa akibat diculik dua lelaki pada 10 Januari lalu.
Norizuan Shamsuddin

Sungai Buloh: “Tidak sangka juruteknik pendingin hawa itu yang dikenali dengan sikap rajin bekerja tergamak menculik anak saya yang bakal berkahwin,” kata ibu kepada mangsa culik di Batu 15, Sungai Plong, dekat Sungai Buloh di sini, Selasa lalu.

Wanita berusia 50-an yang enggan mendedahkan namanya berkata, keluarganya mengenali seorang daripada dua penculik yang menculik anak perempuannya berusia 28 tahun itu.

Katanya, suspek pernah datang ke kediaman mereka bagi membaiki pendingin hawa tahun lalu.

“Anak perempuan saya turut mengenali suspek. Sewaktu dia diculik, lelaki itu tidak memakai topeng muka.

“Suspek memaklumkan akan membunuh anak perempuan saya walaupun mereka mendapat duit tebusan kerana identitinya sudah dikenali,” katanya ketika ditemui selepas tampil bersama anak perempuannya bagi membuat kawad cam terhadap suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2017 @ 9:40 AM