PELAJAR SMKSS memilih buku rujukan dan latihan terpakai yang dijual bekas pelajar sekolah itu di SMKSS. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli
PELAJAR SMKSS memilih buku rujukan dan latihan terpakai yang dijual bekas pelajar sekolah itu di SMKSS. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli
Ahmad Rabiul Zulkifli

Kuala Terengganu: Bekas pelajar Sekolah MenengahKebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman, di sini, tampil menjual pelbagai jenis buku terpakai yang pernah digunakan mereka bagi membantu pelajar sekolah itu mendapatkan buku berkenaan tanpa perlu membelinya di kedai buku.

Lebih menarik, semua buku termasuk untuk rujukan dan latihan dijual dengan harga serendah RM2 hingga RM15 berbanding harga asal yang boleh mencecah RM40.

Bekas Timbalan Ketua Pelajar SMK Sultan Sulaiman, Mohd Hazim Wafiq Abd Halim, 18, berkata, dia bersama 40 bekas pelajar sekolah berkenaan sepakat mengumpul lebih 150 buku terpakai untuk dijual semula kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

“Buku rujukan dan latihan yang dijual itu meliputi semua subjek termasuk Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan.

“Sejak bermula jualan semalam (kelmarin), 30 buku sudah terjual dan ia akan diteruskan sehingga Khamis ini berikutan sambutan yang diterima sangat menggalakkan, selain permintaan daripada pelajar sendiri,” katanya ketika ditemui Harian Metro di SMK Sultan Sulaiman, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2017 @ 9:31 AM