JOVETIC (kanan) meraikan gol kemenangannya bersama penyerang Sevilla, Wissam Ben Yedder. FOTO AFP
JOVETIC (kanan) meraikan gol kemenangannya bersama penyerang Sevilla, Wissam Ben Yedder. FOTO AFP
AFP

Madrid: Gol Stevan Jovetic menamatkan rekod 40 perlawanan tanpa kalah dimiliki Real Madrid apabila Sevilla meraih kemenangan 2-1 dalam perlawanan La Liga di Sanchez Pizjuan, awal pagi tadi.

Real mendahului menerusi penalti Cristiano Ronaldo pada minit ke-67 namun gol sendiri daripada kapten Real, Sergio Ramos menyamakan kedudukan pada minit ke-85.

Jovetic yang membuat penampilan pertama La Liga selepas dipinjamkan daripada Inter Milan menjaringkan gol kemenangan itu ketika masa tambahan.

Kemenangan ini membawa Sevilla ke satu mata di bawah pendahulu Real yang berbaki satu perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2017 @ 6:34 AM