PEKERJA pembinaan menjumpai barang lama dipercayai dari dinasti Qing di hadapan Balai Polis Central Kuching ketika kerja pembinaan parit. FOTO Nadim Bokhari
PEKERJA pembinaan menjumpai barang lama dipercayai dari dinasti Qing di hadapan Balai Polis Central Kuching ketika kerja pembinaan parit. FOTO Nadim Bokhari
Alif Amal Azahari

Kuching: Tapak pembinaan saliran longkang berhampiran Balai Polis Sentral di Jalan Khoo Yeang, di sini, ditutup pagi tadi berikutan penemuan serpihan tembikar Cina purba zaman Dinasti Qing berusia 200 tahun Sabtu lalu.

Ketua Seksyen Arkeologi Muzium Sarawak, Mohd Sherman Sauffi berkata, pihaknya menjangkakan lebih banyak penemuan di lokasi itu apabila proses mencari gali artifak bersejarah dilakukan di kawasan berkenaan dalam beberapa hari lagi.

“Kami menjangkakan lebih banyak penemuan tidak lama lagi, terutama dari kawasan penemuan itu sehingga ke Tebingan Kuching

“œWujud aktiviti perdagangan di kawasan penemuan itu pada masa lampau, justeru kami berharap dapat menemui duit syiling lama di situ kerana ia boleh membantu menentukan pada masa dan tarikh aktiviti bersejarah itu," katanya kepada Harian Metro.

Sabtu lalu, sejumlah barangan seramik dipercayai berusia 200 tahun ditemui di di lokasi itu, antaranya pinggan, piring, mangkuk teh dan sudu dari Dinasti Qing, China itu.

Barangan seramik itu ditemui tertanam pada kedalaman kira-kira dua meter ketika kerja pembinaan longkang dijalankan di kawasan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 January 2017 @ 3:36 PM