tanah runtuh di Kilometer 97 dekat Tanah Tinggi Lojing, petang tadi. FOTO Ramli Ibrahim
tanah runtuh di Kilometer 97 dekat Tanah Tinggi Lojing, petang tadi. FOTO Ramli Ibrahim
Ramli Ibrahim

Gua Musang: Jalan Gua Musang-Lojing ditutup selama dua jam bermula 4.30 petang, hari ini berikutan tanah runtuh di Kilometer 97 dekat Tanah Tinggi Lojing.

Laluan itu dibuka semula untuk semua kenderaan selepas kerja pembersihan selesai pada 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, kejadian dipercayai berlaku bermula jam 4.45 petang susulan hujan lebat di kawasan berkenaan.

"Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tindakan segera membersihkan jalan sudah diambil.

"Selain lumpur, sisa kayu turut berterabur di atas jalan yang menyukarkan untuk dilalui kenderaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Berikutan cuaca yang tidak menentu ketika ini, beliau menasihati pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati kerana laluan tertentu yang berisiko seperti di kawasan Lojing.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2017 @ 9:39 PM