ZIZI Kirana. FOTO Munira Abdul Ghani
ZIZI Kirana. FOTO Munira Abdul Ghani
Norhayati Nordin


Meskipun dia terkandas awal pada pentas saingan D’Academy Asia 2 (DAA2) di Jakarta, Indonesia baru-baru ini, penyanyi Zizi Kirana, 31, tetap akur.

Hanya mampu bertahan hingga peringkat 18 peserta teratas kumpulan B, Zizi atau Nurfazelah @ Zizie Mad Tahil mengakui persaingan ternyata sengit.

Bagaimanapun selain tiada rezeki, kegagalan Zizi turut dikaitkan dengan gosip percintaannya bersama lelaki berstatus ‘suami orang’.

Bersua wanita bersuara lunak kelahiran Sabah ini pada sesi fotografi diatur, Zizi kelihatan terkejut apabila gosip itu ditanya kepadanya.

Tidak melenting apa lagi melatah dengan gosip percintaan itu, Zizi menegaskan hingga kini dia masih belum memiliki teman lelaki.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2017 @ 6:22 AM