Lelaki OKU maut dilanggar kereta api di Kilometer 234 landasan Kuala Lipis-Chegar Perah, pagi tadi. FOTO ihsan PDRM
Lelaki OKU maut dilanggar kereta api di Kilometer 234 landasan Kuala Lipis-Chegar Perah, pagi tadi. FOTO ihsan PDRM
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lipis: Lelaki orang kurang upaya (OKU) maut selepas dilanggar kereta api di Kilometer 234 landasan Kuala Lipis-Chegar Perah, di sini, 6.30 pagi hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa, Shari Johari, 50, dipercayai berjalan berseorangan dan cuba melintasi landasan kereta api sebelum dirempuh kereta api yang membawa 300 penumpang.

Ketua Polis Daerah Lipis SuperintendanAzry Akmar Ayob berkata, pihaknya dimaklumkan polis bantuan Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan.

"Siasatan awal mendapati mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan selepas dilanggar kereta api Express Senandung Timuran yang dalam perjalanan dari Johor Bahru Sentral, Johor menuju ke Tumpat, Kelantan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk proses bedah siasat dan ahli keluarga mangsa turut dimaklumkan mengenai perkara itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Disember 2016 @ 4:47 PM