Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron (tengah), menyaksikan pertukaran dokumen antara Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia, Mat Aris Bakar (kanan) dengan Pengerusi Koperasi JPJ Wilayah Persekutuan Berhad, Mohammad Suhaime Ismail (dua dari kiri) semasa majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Penggunaan Alat Bantuan Bembelajaran KPP01 (MyTest) bagi Calon-calon Ujian Memandu. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor

Siti A'isyah Sukaimi

Putrajaya: Koperasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Berhad, memperkenalkan alat bantuan pembelajaran KPP01 Kad 'MyTest' dalam usaha mengurangkan calon ujian memandu daripada terkandas.

Pengerusi Koperasi JPJ Wilayah Persekutuan

Berhad Mohammad Suhaime Ismail berkata, kad MyTest itu dijual di institusi memandu dengan harga RM10 dan buat masa ini, hanya dipasarkan sekitar Wilayah Persekutuan, manakala di negeri lain dijangka bermula minggu depan.

Menurutnya, menerusi kad itu, ia mampu menyediakan calon sebelum menduduki ujian sebenar, malah ada daripada mereka pernah gagal sehingga tujuh kali sebelum lulus kali kelapan selepas menjalani latihan MyTest terlebih dulu.

"Kad MyTest mengandungi 500 soalan teori KPP01 dan mereka yang membelinya perlu menggores di bahagian belakang kad (nombor pin) serta daftar masuk menerusi Internet di laman web www.jpjlink.com.

"Ia juga mengandungi tutorial untuk pemahaman calon dan waktu sebenar masa ujian diambil serta calon perlu menyemak semula jawapan masing-masing," katanya pada sidang media selepas menandatangani perjanjian persefahaman penggunaan MyTest antara Koperasi JPJ WP Berhad bersama Koperasi Institut Memandu Malaysia Berhad (KOPIMA) di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Disember 2016 @ 3:02 PM