SAPRINA Rajali, 30, sebak ketika menceritakan perihal ibunya yang dihempap lantai konkrit ketika kejadian gempa. Dia berdiri di depan rumahnya yang musnah akibat gempa bumi di Kampung Teupin Peuraho, Meurudu, Banda Aceh . FOTO Aizuddin Saad

Jamilul Anbia Md Denin di Aceh

"IBU saya mati ditimpa lantai konkrit rumah," ujar mangsa gempa, Saprina Rajali, 30.

Dia yang ditemui di tapak runtuhan rumahnya di Kampung Teupin Peuraho, Meurudu, Banda Aceh, sebak sebaik menceritakan semula tragedi yang berlaku.

Dia berkata, ibunya, Ainal Maziah, 60, terhimpit dan tertimbus dalam runtuhan rumah dua tingkat didiami bersama tujuh ahli keluarga lain.

"Ketika kejadian, saya bersama suami, Syukur Zakaria, 37, dan anak lelaki, Daafar Syukur, tujuh tahun, sedang lena tidur di tingkat atas rumah ini.

"Sebaik gempa berlaku, saya hanya terpaku ketakutan sambil memeluk anak. Malah, suami juga tergamam dan tidak sempat melarikan diri," katanya.

Menurutnya, rumah itu kemudiannya runtuh mendadak dan menimpa ibunya yang berada di tingkat bawah kediaman.

"Saya tidak menyangka terselamat dan hanya mengalami luka ringan akibat kejadian itu.

“Tapi, ibu menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan berlumuran darah. Malah, ibu tanpa sempat jerit pun nak minta tolong," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Disember 2016 @ 5:19 PM