SAFIQ (tengah) harap penyokong Johor DT teruskan sokongan padu.
SAFIQ (tengah) harap penyokong Johor DT teruskan sokongan padu.
Rizar Mohd Noor


Johor Bahru: Johor Darul Ta’zim (Johor DT) akan kembali turun menjalani latihan dan kaptennya Safiq Rahim jelas tidak sabar untuk memulakan kempen baharu Liga Malaysia (Liga M).

Dengan kejayaan gemilang musim ini, Safiq tidak menolak betapa saingan baharu kelak lebih mencabar dan perlu lebih mantap untuk mengharungi kempen Liga Super selepas Johor DT berstatus juara tiga musim berturut-turut.

“Kami akan kembali menjalani latihan dan amat gembira apabila pemain akan berkumpul semula untuk membuat persiapan lebih mantap mengharungi musim baharu Liga M.

“Johor DT mengakhiri saingan musim 2016 dengan penuh gemilang dan pastinya setiap pemain tidak sabar untuk memulakan kempen baharu tidak lama lagi, malah saya sendiri tidak sabar untuk turun menjalani latihan.

“Memandangkan sudah ada perancangan lebih rapi daripada pengurusan dan kejurulatihan maka kami harus segera menyesuaikan diri dengan corak latihan berbeza berbanding sebelum ini,” kata Safiq menerusi kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Disember 2016 @ 5:11 AM