KETUA Polis Kedah Datuk Asri Yusoff (dua dari kanan) memantau kerja memasang kawat berduri pada lorong haram berhampiran belukar yang sering digunakan penagih dadah di Kampung Bukit Malut, Langkawi, hari ini. FOTO Hamzah Osman

Hamzah Osman

Langkawi: Polis Kontinjen Kedah bersedia melancarkan kempen 'Jihad Perangi Dadah' dari rumah ke rumah menjelang Januari depan sebagai bukti keseriusan untuk menangani masalah itu secara menyeluruh hingga ke peringkat akar umbi.

Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata, untuk itu pihaknya kini giat menyiapkan sebuah dokumentari berkaitan risiko pengambilan dadah untuk diedarkan kepada orang ramai, khususnya generasi muda.

KETUA Polis Kedah Datuk Asri Yusoff (tiga dari kiri) melakukan gimik memasang kawat berduri pada lorong haram berhampiran belukar yang sering digunakan penagih dadah di Kampung Bukit Malut, Langkawi, hari ini. FOTO Hamzah Osman

"Saya sudah dua kali menonton draf dokumentari itu yang kini giat dihasilkan sekumpulan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Kedah (JSJNKK) dan Insyallah akan siap akhir bulan ini.

"Kita akan edarkan video cakera padat (VCD) yang mengandungi dokumentari itu menerusi kempen dari rumah ke rumah yang diyakini lebih berkesan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Gotong-Royong Perdana Jihad Perangi Dadah di Kampung Bukit Malut di sini, sebentar tadi.

Turut hadir, Pegawai Daerah Langkawi Isahak Murat, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah Superintendan Helmi Aris dan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Disember 2016 @ 1:48 PM