FOTO Recqueal Raimi
FOTO Recqueal Raimi
Recqueal Raimi


Kota Belud: Dua kenderaan dan stor simpan petrol musnah dalam kebakaran di Kampung Rampaian Laut, dekat sini, 9.15 pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.20 pagi.

“Dua jentera dengan kekuatan tujuh anggota ke lokasi kebakaran dan sebaik tiba kebakaran stor petrol, Isuzu D-Max dan Proton Saga.

"Api dikawal pada 9.51 pagi. Padam sepenuhnya 10.20 pagi," katanya ketika dihubungi.

Rozlan berkata, tiada mangsa yang dilaporkan cedera dan siasatan mengenai punca kebakaran masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2016 @ 1:33 PM