Johor Bahru: Seribu lima ratus peserta mengambil bahagian dalam Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2016, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, hari ini.

Acara pelepasan peserta dilakukan Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Ahmad @ Salim Bachok dan Pengarah Perbankan Pengguna Affin Bank Berhad, Idris Abd Hamid.

Turut hadir, Pengurus Besar Pengiklanan NSTP (M) Bhd, Jeannie Leong Lee Eu dan wakil Honda Malaysia Sdn Bhd, Mohd Nurhairi Mohd Hussein.

Peserta bakal menguji ketahanan menerusi trek 35 kilometer dengan laluan berbukit, cerun curam, batu batan dan sempit.

Lima kategori dipertandingkan iaitu lelaki junior (19 tahun ke bawah), lelaki terbuka (20-35), lelaki junior master (36-44), lelaki senior master (45 tahun ke atas) dan terbuka wanita.

Sirkit di UTM Skudai adalah yang ketiga dan terakhir bagi 2016.

Sebelum ini, acara sama diadakan di Kulim, Kedah (30 Julai) dan Port Dickson, Negeri Sembilan (22 Oktober).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2016 @ 10:21 AM
FOTO Zulfadhli Zulkifli
FOTO Zulfadhli Zulkifli