PENYERANG negara Norshahrul Idlan Talaha (kiri) gagal jaring sebarang gol di Myanmar.
PENYERANG negara Norshahrul Idlan Talaha (kiri) gagal jaring sebarang gol di Myanmar.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: “Pemain kita bukan tak bagus, cuma kita kekurangan sentuhan jurulatih (Datuk Ong Kim Swee). Sudah tiba masanya kepakaran luar dipertimbangkan bagi membawa idea baharu dalam persembahan pasukan.”

Itu pandangan ikhlas bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh yang menyarankan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) segera menentukan nasib Kim Swee selaku pengendali negara dengan mengalih tumpuan kepada jurulatih asing.

Jelasnya, tidak semestinya pengendali dari Eropah harus dipilih mengisi kerusi panas itu sebaliknya beliau melihat beberapa pilihan lain boleh diambil umpamanya dengan mencari jurulatih dari Asia Timur juga mampu meningkatkan kualiti Harimau Malaysia.

Beliau memberi contoh Kemboja yang sering menjadi pasukan belasahan sebelum ini tampil agak berbeza selepas dilatih pengendali dari Korea Selatan, Lee Tae Hoon sekali gus berjaya memberi tentangan sengit dalam kempen Piala AFF kali ini.

“FAM sudah memberi ruang seluas-luasnya kepada jurulatih tempatan sejak 11 tahun lalu bermula dengan kegagalan di kempen Piala Asia di bawah kendalian Norizan Bakar (2005–2007) sebelum B Sathianathan (2007–2008), Datuk K Rajagobal (2009-2013), Dollah Salleh (2014–2015) dan kini Datuk Ong Kim Swee semuanya tidak memberi impak berkesan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 November 2016 @ 6:10 AM