Frederick meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung. FOTO Mohd Adam Arinin
Frederick meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung. FOTO Mohd Adam Arinin
Junaid Ladjana

Kota Kinabalu: Wartawan kanan akhbar New Sabah Times maut disyaki akibat serangan jantung selepas merempuh kenderaan di Jalan Sembulan berhadapan Balai Bomba Kota Kinabalu, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, Frederick Charles Leong, 64, dipercayai meninggal dunia di dalam kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya.

Difahamkan, ketika kejadian mendiang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bundusan, Penampang selepas selesai bertugas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

"Siasatan masih dijalankan dan mayat mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan lanjut," katanya.

Mendiang yang lebih dikenali sebagai Fred Leong berkhidmat lebih 30 tahun dalam media dan pernah bertugas di RTM, Borneo Mail dan terakhir New Sabah Times.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 November 2016 @ 8:51 PM