SHARIFAH Zarina rakam single terbaru.
SHARIFAH Zarina rakam single terbaru.
Oleh Nor Akmar Samudin

Selama 10 tahun menceburi bidang nyanyian, Sharifah Zarina Wan Hassan, 33, tidak pernah menerima kritikan dan komen yang boleh meleburkan keteguhan hatinya sebagai anak seni.

Bagaimanapun, dengan sedikit kelalaian, dia menerima teguran amat pahit daripada peminat di laman Facebook (FB) miliknya.

Semuanya gara-gara dia mengenakan seluar sendat rona hitam dipadankan dengan baju yang ditaja sebuah butik ketika membuat persembahan dalam minggu keempat program Gegar Vaganza yang bersiaran di Astro Ria, Prima dan Maya HD, jam 9 malam, setiap Ahad.

Zarina berkata, dia sangat suka dengan baju yang terdapat di butik itu dan menyedari pemilik butik sudah beritahu mereka tidak menyediakan seluar atau skirt labuh untuk dipadankan.

"Perkara itu sudah dimaklumkan sejak awal oleh pemilik butik dan saya tetap mahu memakainya kerana berkenan dengan potongannya. Kebetulan pula saya ada seluar sendiri untuk digayakan bersama.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Disember 2014 @ 5:00 AM