Farah Suhaidah Othman


Ipoh: Enam lagi penduduk Orang Asli di Pos Kemar, Gerik, dikesan positif malaria menjadikan bilangan keseluruhan pesakit meningkat kepada 77, hari ini, berbanding 71, semalam.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie, berkata enam kes baru dicatatkan itu membabitkan empat orang di Kampung Akei dan masing-masing satu di Kampung Katong dan Kampung Ralak.

"Kampung Senangit masih mencatatkan jumlah pesakit tertinggi disahkan positif malaria Plasmodium vivax (P.vivax) iaitu seramai 61 orang.

"Sementara, masing-masing lima pesakit kekal dicatatkan di Kampung Landau dan Kampung Rantau," katanya dalam satu kenyataan, di sini, malma tadi.

Dr Juita berkata, lapan pesakit yang dijangkiti ditempatkan di Hospital Kuala Kangsar manakala selebihnya di Hospital Gerik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 November 2016 @ 9:06 PM