FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur: 10 individu yang terbabit dalam pergaduhan di luar bangunan Parlimen, semalam, diminta untuk serah diri sebelum 2 petang ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata polis akan menahan mereka sekiranya gagal berbuat demikian.

Katanya, Ketua Polis Kuala Lumpur sudah memberikan mereka peluang untuk menyerah diri sejak semalam.

“Jika mereka tidak datang dan tidak menyerah diri, kita akan tangkap mereka.

"Polis tahu siapa mereka dan di mana mereka berada," katanya pada sidang media, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi semalam, pergaduhan berlaku membabitkan penyokong Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan penyokong Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Berikutan itu, Polis Kuala Lumpur meminta 10 individu termasuk seorang anak timbalan menteri yang dikenal pasti terbabit dalam kejadian itu tampil serah diri bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 November 2016 @ 11:08 AM