KEBAKARAN memusnahkan 90 peratus struktur rumah berkenaan. FOTO Aizat Sharif
KEBAKARAN memusnahkan 90 peratus struktur rumah berkenaan. FOTO Aizat Sharif
KEBAKARAN memusnahkan 90 peratus struktur rumah berkenaan. FOTO ihsan Bomba
KEBAKARAN memusnahkan 90 peratus struktur rumah berkenaan. FOTO ihsan Bomba
Aizat Sharif


Kangar: Rumah dua tingkat yang dijadikan premis kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Kampung Bakau di sini, 9.05 malam tadi.

Timbalan Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis, Hasbullah Mohd Isa berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.08 malam.

Dua belas anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Kangar kemudian bergegas ke tempat kejadian.

“Apabila bomba tiba di tempat kejadian didapati rumah yang dijadikan kedai membaiki kenderaan musnah hampir 90 peratus serta kereta yang diletakkan di garaj premis berkenaan.

“Kita dapati binaan rumah berkenaan terdiri daripada struktur batu dan kayu dan ketika kejadian pemilik rumah berkenaan tiada di rumah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, anggota bomba terpaksa menggunakan dua aliran pancutan air di kawasan berkenaan bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran.

“Api dapat dikawal pada 9.33 malam dan kita turut mendapat bantuan sokongan daripada anggota bomba sukarela dari Balai Bomba Sukarela Pauh, Kuala Perlis dan Simpang Empat.

“Punca dan kerugian kebakaran berkenaan masih disiasat,” katanya lagi.

FOTO Aizat Sharif dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perlis

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 November 2016 @ 12:41 AM