Anggota bomba membawa keluar mayat Alan Aloh Gunung Semangkuk, Bukit Fraser, malam tadi. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba membawa keluar mayat Alan Aloh Gunung Semangkuk, Bukit Fraser, malam tadi. FOTO ihsan bomba
Amrullah Abdul Karim


Kuala Kubu Bharu: Lelaki Orang Asli berusia 63 tahun yang hilang sejak 8 November lalu ditemui mati di Gunung Semangkuk, Bukit Fraser dekat sini, malam tadi

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan berkata, mayat Alan Aloh ditemui di bawah pokok buluh pada jarak kira-kira satu kilometer dari pos kawalan bomba di Jalan Kuala Kubu Bharu-Bukit Fraser.

Beliau berkata, mayat mangsa berjaya dibawa keluar kira-kira 10.30 malam tadi.

"Seramai 37 petugas terbabit dalam operasi ini yang mengambil masa kira-kira 45 minit.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu," katanya.

Alan dari Kampung Orang Asli Jalan Kolam Air dekat sini hilang sejak Selasa lalu selepas keluar mencari petai di Gunung Semangkuk seorang diri.

Motosikalnya ditemui di jalan masuk gunung berkenaan sebelum usaha mencari dan menyelamat dilakukan.

Selain bomba operasi SAR itu turut dilakukan dengan bantuan polis, unit anjing pengesan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta malim gunung.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 November 2016 @ 12:14 AM